English  |  Bahasa Malaysia  

Notis Privasi Kumpulan Bank Islam

LATAR BELAKANG

Notis Privasi ini merujuk kepada maklumat peribadi anda yang dikumpulkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat berkaitan, wakil-wakil dan pejabat-pejabat cawangannya (kemudian dirujuk sebagai Kumpulan Bank Islam atau “Bank”/“kami”) berkaitan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan (kemudian dirujuk sebagai “Kemudahan”) kepada anda.

Notis Privasi ini menjelaskan perkara berikut:

 
  • Jenis-jenis maklumat peribadi anda yang kami kumpul
  • Bagaimana kami mengumpul maklumat peribadi anda
  • Pilihan untuk memberi maklumat peribadi anda
  • Tujuan-tujuan mengumpulkan maklumat peribadi anda
  • Pendedahan maklumat peribadi anda
  • Pindahan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia (jika perlu)
  • Penyimpanan maklumat peribadi anda
  • Pilihan pemasaran langsung
  • Hak anda terhadap maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh Bank
  • Hubungi kami
 

Notis Privasi ini ditujukan kepada pelanggan individu, tidak terhad kepada individu dalam badan korporat/ syarikat perniagaan (contoh pengarah, pemegang saham, pengurus, penandatangan atau wakil dan setiausaha syarikat yang sah), pemilik benefisial (contoh pemilik tunggal dan rakan kongsi), penjamin dan penanggung hutang (dirujuk sebagai “Individu Berkaitan” atau “anda”).

Permohonan dan penggunaan berterusan anda ke atas Kemudahan kami dianggap sebagai kebenaran kepada Bank untuk terus mengumpul, mengguna, memproses dan menyimpan maklumat peribadi anda. Sila semak Notis Privasi kami secara terperinci sebelum menyerahkan maklumat peribadi anda. Sekiranya anda membaca dan menandatangani Notis Privasi ini bagi pihak Individu Berkaitan, adalah dianggap bahawa anda telah memberikan penjelasan sewajarnya untuk memastikan Individu Berkaitan tersebut faham dan bersetuju dengan Notis Privasi ini.

Sekiranya anda diperlukan dan telahpun memberikan maklumat peribadi individu lain, adalah dianggap bahawa anda telah mendapatkan kebenaran mereka dan telah menerangkan kepada mereka tujuan dan bagaimana kami akan menggunakan maklumat tersebut.



JENIS-JENIS MAKLUMAT PERIBADI ANDA YANG KAMI KUMPUL

Maklumat peribadi anda yang mungkin kami kumpulkan bagi memproses kemudahan anda merangkumi kategori-kategori berikut, namun tidak terhad kepada:

 
  • Pengenal Pasti Data/Maklumat Peribadi
    Contohnya, nama, nombor kad pengenalan atau pasport (bagi warga asing) dan maklumat berkaitan yang lain bagi permohonan anda, gambar dan biometrik, spesimen tandatangan (digital atau elektronik atau tandatangan fizikal), tarikh lahir, jantina, bangsa, agama, kewarganegaraan atau pemastautin, status perkahwinan, nama pasangan, bilangan tanggungan.
     
  • Data untuk Dihubungi
    Contohnya, alamat kediaman atau perniagaan, e-mel, nombor telefon mudah alih atau tetap, talian kecemasan.
     
  • Data Profesional
    Contohnya, tahap pendidikan, pekerjaan dan maklumat majikan atau mana-mana data yang merujuk kepada pekerjaan atau kerjaya individu.
     
  • Data Kewangan
    Contohnya, kedudukan kewangan seperti aset dan pendapatan, sumber dana, tujuan pelaburan, pendapatan tahunan, maklumat cukai, baki akaun, rekod bayaran, transaksi akaun dan data laporan kredit bagi menilai kelayakan kredit.
     
  • Data Komunikasi
    Contohnya, perbualan langsung, panggilan telefon ke pusat khidmat pelanggan, pesanan atau mesej dan e-mel
     
  • Data Perilaku
    Contohnya, pandangan atau pendapat yang dimaklumkan kepada kami melalui maklum balas atau kaji selidik, pertandingan atau peraduan, aktiviti, tabiat, kecenderungan dan minat yang terbit daripada penggunaan Kemudahan kami, rakan kongsi atau vendor; kecenderungan semasa melayari laman web kami dan aktiviti-aktiviti transaksi.
     
  • Data Lokasi
    Contohnya, alamat IP, kuki, rekod aktiviti, pengenal pasti dalam talian dan data lokasi anda melalui penggunaan Kemudahan kami.
     
  • Data Hubungan Peribadi
    Contohnya, keluarga terdekat, pengarah, hubungan kecemasan, pemegang saham individu, penandatangan berwenang dan penjamin yang boleh mengesahkan identiti anda
 

Sebagai sebahagian daripada permohonan dan penggunaan berterusan Kemudahan kami, kami mungkin perlu mengumpul maklumat peribadi yang sensitif dan hanya dengan kebenaran anda. Jenis maklumat peribadi sensitif yang mungkin dikumpulkan adalah seperti berikut:

 
  • Data keturunan etnik atau bangsa: Maklumat berkaitan asal-usul bangsa atau etnik anda
  • Data keagamaan/kepercayaan: Maklumat berkaitan kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat serupa
  • Data biometrik: Maklumat yang berupaya mengenal pasti anda secara fizikal. Contohnya, pengimbas wajah, cap jari atau pengecaman suara.
 


BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami mengumpul maklumat peribadi dan maklumat peribadi sensitif terus daripada anda dan mungkin akan mengumpulkannya melalui saluran lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
 

 
  • Permohonan Anda
    Hubungan anda secara digital atau manual dengan kami seperti melalui borang permohonan, semasa anda menggunakan akaun dan Kemudahan kami, mengambil bahagian dalam kaji selidik pelanggan, pertandingan atau peraduan dan promosi pemasaran.
     
  • Orang yang Anda Kenali
    • Majikan
    • Pemegang akaun bersama
    • Penyedia sekuriti
    • Penjamin dan penanggung hutang
    • Ibu bapa atau penjaga kepada pelanggan bawah umur. Sekiranya anda di bawah umur (diterjemahkan di sini sebagai di bawah 18 tahun), kami akan memohon kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum mengumpul, menggunakan atau berkongsi data peribadi anda.
       
  • Komunikasi dengan Kami
    Komunikasi secara lisan atau bertulis dengan kami dan/atau ejen sah kami melalui SMS, telefon atau peranti mudah alih, e-mel, faks, surat, laman web atau pelayar, media sosial dan/atau saluran komunikasi lain yang sesuai.
     
  • Aktiviti Kemudahan dengan Kami
    • Menganalisis transaksi anda dengan kami, penyedia perkhidmatan, rakan perniagaan atau pihak ketiga. Contohnya apabila anda menggunakan dan menguruskan akaun atau kemudahan bersama kami termasuk transaksi yang anda lakukan dan melalui bayaran yang dibuat kepada atau daripada akaun atau kemudahan anda.
    • Rakaman Televisyen Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di premis dan terminal layan diri kami.
       
  • Perniagaan dan Organisasi Lain
    • Agensi pelaporan/rujukan kredit, termasuk tetapi tidak terhad kepada CCRIS, FIS dan/atau mana-mana biro atau agensi lain yang ditubuhkan atau bakal ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau sebarang subsidiarinya, atau oleh pihak berkuasa lain dan/atau dari mana-mana institusi kewangan.
    • Maklumat yang diterima daripada tuntutan insurans/takaful atau dokumen-dokumen lain.
       
  • Pihak Berkuasa Tempatan
    Agensi Kerajaan, kawal selia atau penguat kuasa berkanun seperti Jabatan Insolvensi Malaysia.
     
  • Pelanggan Korporat dan Perniagaan Kami
    Melalui manfaat perkhidmatan berkaitan kontrak kami dengan syarikat, perniagaan atau organisasi di mana anda berinteraksi. Contohnya, menyelesaikan bantahan pembayaran dengan pelanggan dagangan kami
     
  • Sumber yang tersedia secara umum
    Daftar dalam talian, direktori atau penerbitan dalam talian, hantaran media sosial atau maklumat lain yang tersedia secara umum
     
  • Kuki
    Sebarang maklumat yang disediakan dan/atau dikumpulkan semasa anda melayari laman web kami mungkin melibatkan lokasi dan kecenderungan pengguna semasa melayari laman web tersebut, termasuk masa yang diambil. Kami hanya menggunakan kuki untuk menjejaki trafik laman web. Tiada maklumat peribadi yang dikumpul.
 


PILIHAN UNTUK MEMBERI MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Penyerahan maklumat peribadi anda kepada Bank adalah secara sukarela dan wajar dalam penyediaan Kemudahan yang ditawarkan dan bentuk hubungan antara anda dan kami. Kami mungkin tidak dapat menawarkan Kemudahan kepada anda sekiranya anda menolak untuk memberi atau membenarkan kami memproses maklumat peribadi yang dianggap wajar dan/atau diperlukan bagi memenuhi obligasi perundangan atau kawal selia kami.



TUJUAN- TUJUAN MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Hasrat menggunakan maklumat peribadi anda adalah khusus untuk menyediakan Kemudahan kami kepada anda sebagai pelanggan dan berbentuk hubungan antara anda dengan Bank Islam. Tujuan kami memproses maklumat peribadi anda mungkin merangkumi sebahagian atau semua yang berikut tetapi tidak terhad kepada:

 
  • Penawaran Kemudahan kami kepada Anda
    Ia termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • Pembukaan akaun
    • Melakukan Penilaian Wajar/Kenali Pelanggan Anda dan/atau Penilaian Wajar Pelanggan yang Dipertingkatkan seperti yang termaktub oleh undang-undang
    • Menilai kelayakan, merit dan/atau kesesuaian permohonan Kemudahan
    • Penilaian dan analisis termasuk kredit / pinjaman / pembiayaan / risiko insurans / penarafan tingkah laku / analisis produk / Pemprofilan Risiko AML dan kaji selidik pasaran
    • Penilaian kesesuaian untuk menjadi penjamin individu
    • Melaksana dan memelihara semakan kredit dan kewangan seperti yang ditentukan oleh undang-undang dan peraturan
    • Penilaian dan penetapan had kredit
    • Mendapatkan sebut harga, membantu permohonan dan berinteraksi dengan rakan niaga strategik yang disyorkan bagi pihak pelanggan bagi tujuan penjenamaan bersama serta produk dan perkhidmatan pihak ketiga lain seperti insurans dan produk pengurusan kekayaan
       
  • Menguruskan Hubungan Perbankan dan Mentadbir Akaun Anda
    Ia termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • Memudahkan pembukaan akaun anda secara manual dan digital
    • Menyediakan akses bersesuaian kepada Kemudahan kami. Contohnya perkhidmatan cawangan, dalam talian dan platform mudah alih
    • Menyedia, mengurus, menyemak dan menilai Kemudahan yang ditawarkan kepada anda bagi memenuhi tanggungjawab berkontrak yang ada untuk Kemudahan kami
    • Menguruskan amaun pengumpulan dan pemulihan yang tertunggak daripada anda atau yang dipertanggungjawab kepada anda
    • Menjalan dan mengesahkan transaksi serta melakukan transaksi mengikut arahan atau permintaan anda. Contohnya, memindahkan dana antara akaun, membuat pembayaran kepada pihak ketiga dan sebagainya
    • Mengekalkan rekod terkini maklumat untuk dihubungi, individu dan senarai penandatangan sah supaya butiran adalah tepat
    • Mentadbir kemudahan kredit dan pembiayaan
    • Memantau, mengurus dan memberi maklum balas terhadap soalan atau aduan. Ia meliputi pelbagai platform seperti cawangan, pusat panggilan pelanggan dan media sosial
    • Mengeluarkan makluman untuk sebarang perubahan pada terma dan syarat serta ciri-ciri Kemudahan kami kepada anda
    • Menerbitkan dan menguruskan penyata Kemudahan anda bersama kami
    • Merekodkan dan menguruskan komunikasi dengan anda untuk tujuan pengemaskinian rekod serta bukti termasuk pesanan dalam talian, e-mel dan/atau telefon
    • Menghubungi anda berhubung Kemudahan yang disediakan kepada anda
    • Memastikan amaun keberhutangan oleh/kepada anda dan menyediakan penyelesaian kewangan yang lebih baik untuk anda
       
  • Menambah baik Kemudahan kami untuk Anda
    Ia termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • Membangun, menganalisis rekaan dan menguji Kemudahan kami untuk kegunaan anda
    • Menjalankan kaji selidik pasaran dan tinjauan kepuasan pelanggan
    • Mengawasi dan merekod komunikasi kami dengan anda untuk tujuan latihan dan kawalan kualiti
    • Melalui penggunaan Kemudahan kami, data seperti kecenderungan dan analisis demografik dikumpul untuk membolehkan kami menyediakan Kemudahan yang lebih sesuai untuk anda
       
  • Operasi Perniagaan kami
    Ia termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • Menjalankan aktiviti pengurusan kredit sewajarnya, termasuk mengekalkan sejarah kredit untuk rujukan semasa dan akan datang, pemaklumkan kepada biro kredit, agensi rujukan kredit serta penilaian berterusan kelayakan kredit dan semakan kredit
    • Bagi mencegah dan mengenal pasti jenayah kewangan (termasuk dan tidak terhad, tentang pengubahan wang haram, sekatan dan pencegahan penipuan, pengesanan dan pendakwaan) seperti menjalankan pengesahan identiti, saringan keselamatan melalui pangkalan data kerajaan dan berpusat rasmi yang lain sebagaimana termaktub oleh undang-undang
    • Mewujudkan dan mengekalkan model penilaian kredit untuk pelanggan kami
    • Menguruskan pengesahan dan akses pengguna pelanggan kami seperti perbankan Internet dan mudah alih
    • Melakukan semakan pekerjaan dengan pegawai yang diberi kuasa untuk memberi pengesahan sewajarnya dalam organisasi anda
    • Membantu bank-bank dan pihak ketiga lain dalam mendapatkan kembali dana yang telah tersalah bayar ke akaun anda
    • Audit operasi perniagaan dan pengurusan operasi. Contohnya, audit ke atas kawalan dalaman dan kewangan, pembangunan dan pengujian sistem, perancangan perniagaan dan membuat keputusan, aktiviti pengurusan risiko termasuk pengawasan portfolio kewangan, pelaporan dan tugas-tugas pentadbiran Kemudahan
       
  • Mengekalkan Keselamatan Anda
    Ia termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • Menggunakan rakaman pengawasan CCTV di premis dan terminal layan diri kami untuk tujuan mencegah, mengesan, menyiasat dan melaporkan insiden, kecemasan dan jenayah seperti kecurian dan penipuan
    • Keselamatan sistem dan rangkaian kami memastikan data anda selamat dan sulit
    • Menjalankan pengesahan identiti sebelum memberi akses kepada Kemudahan
    • Mengeluarkan makluman secara peribadi untuk tujuan mewujudkan kesedaran seperti pemalsuan dan penipuan
       
  • Pematuhan kepada Undang-undang Terpakai, Peraturan dan Keperluan lain
    Ia termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • Undang-undang setempat sedia ada dan/atau akan datang sewajarnya, peraturan, syarat, arahan, pertimbangan atau keputusan mahkamah, permintaan, panduan, sekatan tempatan atau antarabangsa, larangan, keperluan pelaporan serta sekatan dalam dan luar Malaysia
    • Memenuhi atau mematuhi polisi dan prosedur Kumpulan Bank Islam
       
  • Melaksanakan Hak Perundangan Bank Islam dan Menjalankan Prosiding Perundangan
    Bagi melindungi kepentingan Kumpulan Bank Islam dan tujuan sampingan lain dan/atau tujuan berkaitan menguatkuasakan hak guaman kami dan/atau mendapatkan nasihat guaman dan/atau proses perundangan lain.
 


PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami akan hanya mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak tersenarai di bawah dengan mematuhi langkah kerahsiaan yang ketat. Pendedahan ini bertujuan untuk pemprosesan, seperti termaktub dalam Notis Privasi ini. Di bawah tanggungjawab perundangan, Bank mungkin berkongsi maklumat peribadi anda mengikut kebenaran atau tuntutan undang-undang seperti berikut:

 
  • Ahli Kumpulan Bank Islam
    Mana-mana pegawai, kakitangan, ejen atau pengarah Bank
     
  • Pihak Ketiga yang Disahkan
    • Penjaga sah, pemilik akaun bersama, penjamin atau penanggung sebenar/dimaksudkan, pemegang amanah, penama, pelaksana, wakil guaman atau individu diberi kuasa oleh pelanggan kami, sebarang peserta sebenar atau berpotensi atau sub-peserta berkaitan tanggungjawab dalam sebarang penjanjian perbankan, pemegang serah hak, wakil (novates) atau penerima pindahan (atau sebarang pegawai, pekerja, ejen atau penasihat, yang berkenaan)
    • Sebarang pihak sekuriti, penjamin atau penyedia cagaran untuk Kemudahan anda
    • Sebarang individu yang telah diberi kuasa melalui kebenaran untuk berkongsi data peribadi anda
       
  • Pihak Ketiga yang Mengesahkan Maklumat Peribadi
    • Biro kredit atau agensi rujukan kredit (termasuk pengendali pangkalan data berpusat yang digunakan agensi rujukan kredit), penyedia perlindungan kredit, agensi penarafan, agensi pemungut hutang, agensi dan organisasi pencegahan pemalsuan
    • Sebarang agensi rujukan jenayah kewangan, institusi kewangan lain dan mana-mana ejen mereka yang menjalankan semakan pangkalan data pencegahan jenayah kewangan untuk menghalang pengubahan wang haram, keganasan, pemalsuan dan jenayah kewangan lain
    • Sebarang agensi penarafan atau penyedia perlindungan langsung/tidak langsung Bank
       
  • Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga Kami
    • Penasihat profesional seperti juruaudit, penasihat undang-undang, peguam pemindah hak dan pakar penilaian harta
    • Penyedia insurans /takaful or broker insurans/takaful
    • Ejen perkhidmatan luar, pedagang, vendor, rakan perniagaan dan ejen perniagaan yang menyokong operasi, pentadbiran dan pemprosesan data
    • Penyedia perkhidmatan teknologi termasuk mereka yang berurusan atau bekerjasama untuk menganalisis dan memudahkan penambahbaikan atau peningkatan operasi Bank atau penyediaan produk dan perkhidmatan
    • Penyedia perkhidmatan profesional seperti penganalisa pasaran, penyiasat forensik dan penasihat pengurusan
    • Syarikat pengiklanan dan penyedia platform media sosial
    • Penyedia produk pihak ketiga seperti penyedia sekuriti dan pelaburan, pengurus dana dan syarikat insurans/takaful
    • Penyedia perkhidmatan pihak ketiga seperti telepemasaran dan ejen jualan langsung dan pusat panggilan
       
  • Rakan niaga strategik
    • Rakan niaga, rakan jenama bersama atau syarikat-syarikat atau organisasi yang bekerjasama dengan Bank berdasarkan penjanjian berkontrak atau usaha sama lain untuk menyediakan produk dan perkhidmatan pihak ketiga sewajarnya
    • Organisasi kebajikan dan bukan berdasarkan keuntungan
       
  • Pihak Berkuasa dan Penguatkuasa Undang-undang Kerajaan
    • Mana-mana kerajaan, separa kerajaan, pengatur, pentadbir, pengawal selia atau badan kawal selia, mahkamah, tribunal, agensi penguatkuasaan, badan pertukaran atau penguasa cukai domestik atau luar negara sebagaimana termaktub dalam undang-undang atau seperti yang diminta oleh pihak berkuasa
    • Badan kawalan kendiri atau industri atau persatuan penyedia perkhidmatan kewangan pihak berkuasa berkaitan
       
  • Organisasi Perkhidmatan Kewangan lain
    • Institusi kewangan lain seperti Bank Negara Malaysia
    • Penyedia perkhidmatan bayaran termasuk penyedia dompet mudah alih dan perkhidmatan pembayaran digital, pedagang, syarikat perolehan pedagang, syarikat kad kredit, pemproses bayaran dan ahli persatuan kad, penyedia perkhidmatan pemula bayaran dan instrumen pembayaran berasaskan kad seperti VISA dan Mastercard
    • Sebarang institusi kewangan dan syarikat perolehan pedagang yang anda ada atau bercadang untuk berurusan
    • Penyedia infrastruktur pasaran dan penyedia penjelasan sekuriti
       
  • Lain-lain Pihak Ketiga
    • Individu, syarikat, perniagaan atau organisasi sewajarnya yang diwakili atau dibenarkan anda
    • Mana-mana pihak yang dikenal pasti oleh Bank sebagai rujukan kakitangan
 


PINDAHAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA KE LUAR MALAYSIA
 
  • Walaupun bukan satu kebiasaan, kami mungkin memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia bagi tujuan memproses, menyimpan, berkongsi, memindah atau mendedahkannya. Ia berkemungkinan membolehkan kami beroperasi dengan lebih efektif dan selamat, meningkatkan dan menyokong proses and operasi perniagaan apabila menyediakan kepada anda Kemudahan kami dan nasihat guaman bagi prosiding perundangan.
  • Selaras dengan Tataamalan Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dengan penglibatan dan sokongan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), pindahan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia dibolehkan dengan kebenaran anda melalui Notis Privasi. Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk membenarkan kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia.
  • Kami akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan maklumat peribadi anda selamat dan meletakkan tahap perlindungan dan keselamatan untuk memenuhi undang-undang terpakai bagi bidang kuasa di luar Malaysia dan di mana undang-undang tempatan mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama seperti di Malaysia.
 


PENYIMPANAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
 
  • Kami akan menyimpan maklumat yang anda berikan selagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini masih wujud.
  • Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda untuk operasi perniagaan atau tujuan undang-undang semasa anda masih mempunyai hubungan dengan kami. Kami mungkin menyimpan maklumat peribadi anda untuk satu tempoh tertentu selepas hubungan kedua-dua pihak tamat.
  • Kami akan memusnahkan dan/atau memadam secara kekal maklumat peribadi anda selepas tujuan pengumpulan maklumat peribadi ini tidak lagi diperlukan. Ia hanya akan disimpan untuk memenuhi mana-mana keperluan perundangan dan/atau pengawalseliaan atau untuk kami memelihara kepentingan Bank.
 


PILIHAN PEMASARAN LANGSUNG

Kami mungkin menggunakan butiran anda, dengan kebenaran, bagi menghantar komunikasi pemasaran langsung berkaitan melalui e-mel, SMS, telefon, aplikasi mudah alih, media sosial atau pos. Pemasaran langsung merujuk kepada produk dan perkhidmatan terbaharu kami, produk dan perkhidmatan lain yang ditawarkan, kempen pemasaran, iklan dan promosi semasa atau masa depan, termasuk yang dijalankan dengan rakan kongsi serta rakan sekutu yang ditawarkan kepada pelanggan terpilih dan bukan umum.

Anda boleh menarik balik kebenaran atau memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran langsung pada bila-bila masa dengan mematuhi hak anda melalui pemakluman kepada kami sama ada secara telefon, pos atau e-mel di bawah bahagian “Hubungi Kami”.

Contoh komunikasi pemasaran langsung yang kami mungkin kongsikan dengan anda adalah:

 
  • Pengumuman, tawaran dan promosi berkenaan Kemudahan kami
  • Maklumat mengenai produk dan perkhidmatan daripada atau berkenaan pihak ketiga seperti Institusi kewangan, pemberi insurans, syarikat kad kredit, sekuriti dan pelaburan, penyedia dompet mudah alih dan perkhidmatan bayaran digital
  • Butiran ganjaran kami atau pihak ketiga berkaitan, program kesetiaan atau manfaat dan produk dan perkhidmatan berkaitan
  • Tinjauan pasaran dan kaji selidik kepuasan pelanggan
  • Maklumat berkenaan pertandingan kami atau pihak ketiga yang berkenaan dan cabutan bertuah
  • Rayuan kami atau pihak ketiga yang berkenaan derma untuk badan kebajikan dan/atau bukan berasaskan keuntungan, tajaan dan sumbangan; dan
  • Maklumat dan komunikasi kami berkaitan seminar, webinar atau majlis dan peluang-peluang berkaitan atau pihak ketiga yang bersesuaian
 

Sila ambil maklum bahawa kami akan memproses permohonan anda dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan, selaras dengan Tataamalan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dengan penglibatan dan sokongan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).



HAK ANDA KEPADA MAKLUMAT PERIBADI YANG DIKUMPULKAN OLEH BANK
 
  • HAK ANDA UNTUK MENGAKSES MAKLUMAT PERIBADI ANDA
    Anda mempunyai hak untuk mendapatkan akses maklumat peribadi yang dipegang oleh Bank. Bank mungkin mengenakan bayaran nominal untuk permohonan tersebut.
     
  • HAK ANDA UNTUK MEMBETULKAN ATAU MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI ANDA
    Anda boleh membetulkan dan/atau mengemaskinikan maklumat peribadi anda yang dipegang Bank. Untuk permohonan tersebut, anda boleh hadir ke mana-mana cawangan kami atau bercakap dengan ejen Pusat Panggilan dan Khidmat Pelanggan di alamat yang diberikan. Anda akan diminta mengisi borang ‘Permohonan Mengakses Data’ atau ‘Permohonan Membetulkan Data’ yang disediakan di cawangan-cawangan kami.
     
  • HAK UNTUK MENYEKAT ATAU MEMBANTAH PEMPROSESAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
    Anda boleh meminta Bank untuk berhenti atau mengubah penggunaan data anda dengan membuat permohonan bertulis kepada kami. Walau bagaimanapun, kami mungkin memerlukan maklumat peribadi berkenaan untuk berhubung dan menyediakan Kemudahan dengan anda serta untuk mematuhi tuntutan perundangan atau kontrak.
     
  • HAK ANDA UNTUK TIDAK MEMBERI ATAU MENGUBAH ATAU MENARIK BALIK KEBENARAN
    Dari semasa ke semasa Bank Islam mungkin akan meminta kebenaran untuk memproses maklumat peribadi anda. Anda boleh memilih untuk tidak memberikan kebenaran atau memaklumkan kepada kami secara bertulis pada bila-bila masa sekiranya anda mengubah fikiran tentang kebenaran yang telah diberikan. Sebaik sahaja menerima permohonan untuk menarik balik kebenaran tersebut, kami akan menghentikan pendedahan maklumat peribadi anda dalam tempoh tujuh (7) hari mengikut kalendar.

    Selaras dengan Tataamalan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dengan penglibatan dan bantuan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), anda tidak boleh menarik balik kebenaran untuk Bank memproses maklumat peribadi anda:
    • Apabila maklumat peribadi itu diperlukan untuk pelaksanaan kontrak antara anda dan Bank
    • Apabila anda telah menyerahkan maklumat peribadi kepada Bank untuk memenuhi permintaan sebelum kontrak (contohnya pada peringkat borang permohonan)
    • Apabila Bank diperlukan untuk mematuhi tanggungjawab perundangan yang tidak berkontrak
       
  • HAK ANDA UNTUK MENARIK BALIK KEBENARAN PEMASARAN LANGSUNG
    Anda boleh menarik balik kebenaran untuk pemasaran langsung dan memaklumkan Bank untuk menghentikan penghantaran e-mel pemasaran atau jemputan untuk kaji selidik pada bila-bila masa.
 


HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berhubung Notis Privasi ini, anda boleh

 
  • Hadir ke mana-mana cawangan kami yang mana lokasinya tertera di laman web kami, atau
  • Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan dan Perkhidmatan Pelanggan kami, atau
  • Menulis kepada Bank di alamat berikut:
     
    Pusat Panggilan dan Perkhidmatan Pelanggan Bank Islam
    Aras 17, Menara Bank Islam
    No. 22, Jalan Perak
    50450 Kuala Lumpur
    Telefon: +603 26 900 900
    E-mel: contactcenter@bankislam.com.my
     
    Anda juga boleh menghubungi kami untuk sebarang aduan berkenaan penyalahgunaan atau mengesyaki penyalahgunaan maklumat peribadi anda sebagaimana butiran di atas.
 


PERUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI INI

Bank berhak mengubah Notis Privasi ini pada bila-bila masa dan akan mempamerkan notis perubahan di laman web Bank dan/atau cawangan Bank dan/atau saluran lain yang sesuai. Notis Privasi ini bukan bertujuan serta tidak mewujudkan hak berkontrak / atau tanggungjawab kontrak ke atas Bank atau mana-mana pihak atau bagi mana-mana pihak. Sebarang rujukan yang dibuat pada ‘kenyataan privasi’ dalam sebarang dokumentasi Bank adalah merujuk kepada Notis Privasi ini.

Saya dengan ini memperakui dan bersetuju bahawa saya telah membaca dan memahami Notis Privasi ini serta memberi kebenaran secara sukarela kepada Bank Islam Malaysia dan akan tertakluk kepada Notis Privasi ini.

  Tandatangan
Nama
Nombor Kad Pengenalan
Tarikh
Jawatan
:  ________________________________________________________
:  ________________________________________________________
:  ________________________________________________________
:  ________________________________________________________
:  ________________________________________________________