Program Pembiayaan Mikro iTEKAD Maju
Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam” atau “Bank”) menyokong penuh pelaksanaan program iTEKAD yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (“BNM”) pada 27 Mac 2020 untuk membantu menjana pendapatan mampan dan daya tahan kewangan perusahaan mikro milik B40, dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.
Apakah Program Pembiayaan Mikro iTEKAD Maju?
Program Pembiayaan Mikro iTEKAD Maju merupakan program kewangan sosial yang bertujuan khusus menyokong dan memudahkan pembiayaan bagi usahawan mikro B40 dan asnaf yang kehilangan pendapatan akibat wabak COVID-19.
Soalan-soalan lazim untuk Program Pembiayaan Mikro iTEKAD Maju
Bagaimanakah cara untuk memohon?
Permohonan beserta dokumen yang lengkap perlu dihantar melalui e-mel ke: microfinance@bankislam.com.my
Rujuk Soalan-soalan lazim bagi maklumat penuh program.
Lembaran Maklumat Produk/Product Disclosure Sheet
Click here to Product Disclosure Sheet (English Version)
Klik di sini untuk Lembaran Maklumat Produk (Versi Bahasa Malaysia)